10 Tips Kurus Secara Sihat dan Cepat


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Entri kali ni aku ingin berkongsi pula cara yang paling pantas dan berkesan untuk kuruskan badan dengan syarat korang semua mesti mengamalkan petua ni secara berterusan :)


1. Sentiasa mengambil sarapan pagi



Salah satu cara untuk memastikan  berat badan kita seimbang adalah dengan cara mengambil sarapan pagi setiap masa. Kebaikan sarapan ni banyak, antaranya badan kita akan kekal bertenaga dari pagi sampai lah petang. Bayangkan kalau uols bekerja, mesti akan penat kalau tak ambil sarapan dulu sebelum ke tempat kerja. Bukan tu je, kebanyakan orang yang tak sarapan akan cenderung untuk makan lebih banyak masa waktu petang dan malam, jadi berat badan pun akan bertambah dengan mendadak. 

2. Hindari makan pada waktu malam



Ramai lagi yang tak tahu tentang petua ni. Cara yang lebih baik untuk kekal kurus dan sihat adalah dengan menghindari makan pada waktu malam. Kalau uols nak makan, lebih baik makan dalam 4-6 jam sebelum tidur sebab badan kita masih lakukan aktiviti dalam tempoh masa tersebut. Kalau uols makan dan terus tidur, makanan akan terus ditukarkan kepada lemak haa jadi berhati-hati dalam memilih masa untuk makan pada waktu malam.

3. Makan banyak buah-buahan dan sayur



Untuk kekal langsing ala ala pelakon Hollywood gitu uols perlu amalkan mengambil buah-buahan dan sayur yang mengandungi banyak kebaikan untuk badan uols. Buat detoks buah-buahan pun sedap tau! Antara buah-buahan yang baik untuk badan :

Tembikai - mampu mengenyangkan perut tanpa menghasilkan lemak dan melancarkan sistem pencernaan

Kiwi - tinggi dengan vitamin C untuk menyingkirkan lemak dan serat yang tinggi untuk mengurangkan nafsu makan

4. Banyak minum air masak



Cuba ganti air Pepsi, Coke yang tinggi dengan gula dengan air masak. Air masak ni banyak kebaikan tau, dengan meminum air masak yang mencukupi bukan je dapat buang toksin dan lemak melalui air kencing malah dapat juga cantikkan kulit uols. Tak perlu susah susah pakai lotion atau krim untuk kulit yang lembab, dengan hanya minum air kosong pun dapat turunkan berat badan tau!

5. Berjoging 




Amalkan berjoging dan bersenam setiap hari. Tak perlu susah susah keluar duit untuk pergi gym, cuma luangkan masa 30-40 minit sehari untuk bersenam dan aktif bergerak. Peredaran darah semakin lancar, stamina meningkat dan berat badan pun semakin berkurang dengan senaman. Tak perlu senaman berat berat, mulakan sahaja dengan senaman paling mudah dan ringkas untuk biasakan diri uols okay? :)




Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Pilih Tingkatan 6?

Bisnes Online (Part II)

Aku Dan Bisnes Online